CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

<< penangan high heel >>





sakit pinggang da dekat seminggu....adoihai..berpunca dari mop bilik je kot...ish ish ish... hurm...actually fara juz nk share about pemakaian high heel...yelah...mcm fara neh mse time2 diploma...fara n high heel xleh dipisahkan.. sebab fara rase bile pakai high heel dpt bg kite jln dengan confident...tp lame2 pakai dapat kesan buruknyerkk... fara sakit sendi kt tumit sampai sekarang...so xleh nk pakai sgt daaaa... ini info yg fara da... jum kiter terjah




mari kita mencegahnyerk!




Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” – S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Isu ini mungkin isu lama, tetapi aku berhasrat untuk merungkai kembali isu ini selepas terbaca suatu artikel berita di BBC minggu lepas berkenaan trend kasut tumit tinggi yang semakin menjadi-jadi, dan ia bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis (sakit sendi) di kalangan wanita UK selepas obesiti. Mana tidaknya, hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari!
Mungkin masalah ini tidak begitu ketara dikalangan wanita-wanita di Malaysia khususnya wanita-wanita melayu memandangkan kasut dari jenis ‘wedges‘ lebih mendapat tempat di hati mereka. Tetapi, minat terhadap pemakaian kasut tumit tinggi oleh mana-mana wanita pasti tidak dapat dielakkan. kasut tumit tinggi ini sebahagian dari naluri kewanitaan. Pokok pangkalnya, perempuan mana yang tidak mahu kelihatan tinggi seperti Miranda Kerr?
Wanita menyukai pemakaian kasut bertumit tinggi berdasarkan beberapa faktor, antara lain ialah, kasut tumit tinggi membuatkan mereka kelihatan lebih tinggi dari biasa, seolah-olah menjingkit. Kaum adam, dapat bayangkan bagaimana tingginya anda apabila menjingkit?
Kesan Buruk
Namun, memakai kasut tumit tinggi dengan kadar yang kerap akan hanya mendatangkan masalah bukan hanya untuk kaki, tetapi kesannya juga pada bahagian tubuh badan anda yang lain.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki!
wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm). Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti akan beralih manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan tambahan di sebabkan oleh berat bayi yang dikandung. Pemakaian kasut tumit tinggi sudah pasti akan mengubah cara seseorang wanita yang hamil itu berjalan.
Memahami Biomekanik apabila berkasut tumit tinggi
1 – Selain daripada pembentukan kematu dan kalus pada permukaan kulit jari dan tapak kaki, yakni merupakan sebahagian lapisan kulit yang mengeras akibat geseran di antara kasut dan kaki, pembentukan ‘hammertoe‘ pasti akan berlaku jika keadaan ini berlangsung dengan kerap (pemakaian yang kerap) untuk tempoh jangka masa yang panjang. Ini adalah disebabkan oleh ruang kasut tumit tinggi yang meruncing dan sangat sempit di bahagian hadapan, sekaligus memberikan tekanan yang lebih pada tapak kaki hadapan dan jari-jemari kaki. Kecacatan yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat ini pasti tidak dapat diluruskan meskipun apabila sudah menanggalkan kasut – kecacatan kekal.
2 – juga berisiko untuk memendekkan tendon Achilles anda menerusi pemakaian kasut tumit tinggi. Ianya merupakan penghubung yang menghubungkan otot betis (calf) kepada tulang tumit. Tendon ini berfungsi untuk memastikan jari-jemari anda fleksibel ketika berjalan. Namun begitu, pemakaian kasut tumit tinggi akan menjauhkan tapak kaki daripada bersentuhan/selari dengan permukaan tanah, dan ini mengakibatkan tendon Achilles tidak dapat ’memanjang’ sepenuhnya. Lama-kelamaan, tendon ini akan memendek dan terus memendek sehinggakan berasa tidak selesa apabila mengenakan kasut rata yang biasa (memerlukan tendon untuk memanjang).
3 – Kasut yang rata akan mengagihkan berat badan anda secara sama rata ke serata kaki. Walaubagaimanapun, kasut tumit tinggi bertindak sebaliknya dengan memberikan keselurahan daya berat badan pada hujung kaki anda. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin tinggi daya yang dikenakan pada kaki dibahagian jari ini. Selepas beberapa lama, terutamanya jika anda mengenakan kasut tumit tinggi hampir setiap hari, ia pasti akan merasa ketegangan dan kesakitan pada kaki bahagian hadapan (osteoarthritis).
Kalau hari-hari begini, boleh cacat kaki tu cik kak oi!
4 – Kesan pemakaian kasut tumit tinggi tidak hanya terhad pada kaki, tetapi tulang belakang juga. Ini kerana, perubahan satah tumit (sepatutnya selari dengan tanah permukaan) menyebabkan badan anda ke hadapan daripada biasa, sekaligus mampu menyebabkan sakit belakang. Selain itu, fenomena ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis ‘lari’ sedikit ke hadapan. Untuk menyeimbangkan kembali berat, anda secara semulajadi akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan, dan ini akan mengakibatkan kesakitan pada leher (semacam terkehel) apabila berlangsung untuk tempoh yang lama.
Itu merupakan sebahagian daripada kecacatan yang dibawa menerusi pemakaian kasut tumit tinggi. Terdapat beberapa lagi kesan buruk akibat berkasut tumit tinggi ini namun aku tidak dapat selitkan kesemuanya di sini memandangkan ruang penulisan yang terhad. Malah, pemakaian kasut tumit tinggi itu sendiri bahaya memandangkan risiko untuk terseliuh akan semakin meningkat apabila ketinggian tumit kasut tersebut semakin bertambah dan meruncing.

Pencegahan
Seperti yang disarankan oleh Professor Anthony Redmond, penyelidik berkenaan podiatrist dan arthritis, kasut yang sesuai dipakai setiap hari adalah yang berbentuk bulat mengikuti bentuk susunan jari kaki dan bukannya meruncing, dengan ketinggian tumit tidak lebih daripada 2-3cm (1 inci) dan disertakan dengan ‘absorber‘ (penyerap hentakan) untuk membantu mengurangkan hentakan pada sendi kaki mahupun lutut.
Selain itu, apabila hendak membeli kasut dengan tujuan aktiviti yang berintensiti seperti bersukan, pastikan memakai kasut yang dikhaskan untuk sukan tersebut. Janganlah kasut yang direka khas untuk berjogging (running shoe) tetapi diguna pakai pula dalam dewan untuk tujuan futsal atau badminton, dan begitulah sebaliknya. Paling penting juga, pastikan anda selesa memakai kasut tersebut, atau dalam bahasa mudah, ia tidak terlalu ketat sehingga menyeksa jari-jemari kaki anda.
Disamping itu, pemakaian wedges, sebuah lagi varian (lebih stabil) yang seakan-akan kasut tumit tinggi juga mampu mengurangkan risiko yang dibawa oleh kasut tumit tinggi, cuma pastikan ketinggian wedges tersebut (tinggi antara tumit kaki dengan jari hadapan) tidaklah melebihi 1.5 inci.
Dalam memilih kasut tumit tinggi yang selamat, pastikan:
  1. Tumitnya tidak terlalu tinggi melampau
  2. Jangan memilih kasut tumit tinggi yang hujungnya meruncing, pastikan jari kaki anda selesa.
  3. Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga mampu membuatkan kaki melecet!
  4. Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit. Boleh beli dari kedai kasut, atau boleh beli terus secara online.
Insolia