CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

<< ketika saya berada di zaman kanak-kanak >>

tersenyum sendirian mengimbau zaman-zaman keriangan kanak-kanak....owh...sungguh merindui saat itu.... aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibu dan ayah bersama along dan angah..kakak-kakak yang sentiasa mengajar aku erti kehidupan yang sebenar...terdetik apabila teringat zaman aku selalu kena marah oleh ibu... teringat pula ketika aku jatuh basikal...ketika aku aku baru belajar menaiki basikal 2 roda...di sokong oleh kedua akk ku..tanpa pengetahuan ibu dan ayahku.....basikal yang tiada rantai itu disorong oleh kedua akk ku yang sentiasa memenuhi kehendakku... dengan tidak sengaja, aku jatuh basikal lalu berdarah di lutut yang kecil ini...tiada tangisan yang aku keluarkan kerana ingin cover line akk2 aku... lutut aku berdarah lalu di balut oleh along ku dengan cerpisan kain, mana dia jumpa itu aku x pasti..tetapi apa yang aku tahu kain itu amat buruk.... disebabkan tidak mahu melihat kedua kakak kesayangan ku ini dimarah, aku terpaksa membatalkan niat aku utk mengadu kepada kedua ibu dan ayh ku mengenai hal ini....oleh kerana aku berpakaian skirt pendek atas lutut, aku berjalan terbongkok2 ketika itu utk menutup luka di lutut...ayah suruh aku berjalan elok2, aku berlakon menyanyi lagu nenek kebayan..huhuhu..seungguh nakal ketika itu, tapi rahsia itu terbongkar apabila ketika tido ibu menyelak pakaian aku dan melihat luka di lutut....keesokkannya aku dapat hadiah dari kedua orang tuaku basikal empat roda...=).....

kembali lagi detik bermain nyorok2 bersama kedua akak2 yang sentiasa mnjaga aku, mereka ingin menyembunyikan aku ditempat yang amat sukar dicari, along ku menyuruhku memasuki almari yang usang, lalu dye telah mengunciku dari luar....aku sukar bernafas ketika itu, menendang2 almari meminta pertolongan...rupa2nya almari itu tidak dapat dibuka..alongku segera mendapatkan pertolongan dari ayah aku yang ketika itu sedang melayari mimpi....dengan segera ayahku membuka almari yang usang itu.....tali pinggang ayah ku menjadi sasaran di kulit kedua akak ku........aku memeluk ayhku sambil menangis teresak2..sungguh lucu bila mengingatinya kembali...

my tayunk selamanyerk~~~

<< untuk mu yang bergelar "ibu" >>



ibu....
engkau telah mengajar aku..
apa erti kehidupan sebenar....
engkau sentiasa bersama aku...
sejak aku mencelikkan mata di dunia yang fana ini...

ibu......
teringat apabila terpaksa berpisah denganmu ketika umurku 18 tahun...
buat pertama kali aku berjauhan darimu.....
demi masa depan ku....
melihat titisan air mata mu.....
membuatkan aku tidak keruan untuk meninggalkan mu...
dengar suaramu menahan tangisan di ganggang telifon..
membuatkan aku tidak boleh duduk diam..
ingin saja aku berlari memelukmu walaupon seketika...
owh ibu...

ibu.......
tiap titsan air matamu kerana ku......
berdosa sepanjang hidupku ini...
ibu.....
maafkan anakmu yang khilaf ini.....
tidak terlintas untuk menumpahkan air mata mu....
tidak terlintas untuk mengecilkan hati kecil mu itu...
anakmu ini insan yang sentiasa membuat kesalahan...
maafkan aku wahai ibu...

ibu....
tidak pernah engkau lupa untuk memberi kebahagiaan dalam kehidupan ku ini walaupon seminit...
tidak pernah engkau lupa setiap bahasa tubuh ku ini...
tidak pernah engkau lupa kesukaan ku....
engkau sentiasa memenuhi segala kehendakku walaupon sukarnya engkau mendapatkannya....

ibu.....
leteranmu itu lagu untukku...
marahmu itu nasihat untukku.. 
semangatmu sumber inspirasi untukku....


ibu...........
terima kasih kerana telah melahirkan anak SEDEGIL, SEMANJA seperti ku...
terima kasih kerana telah membesarkan anak KERAS KEPALA ini...
terima kasih kerana mewarnai kehidupan kecil ku ini....
terima kasih membajai kehidupan ku dengan kasih sayang mu....
tidak dapat ku balasnya sehingga ke hujung nyawaku....

ibu.........
kucupan mu itu.....
pelukan mu itu.....
kasih sayang mu itu.....
tidak dapat terbayar dengan kasih sayang ku ini.....
terima kasih ibu....

Ya Allah...
Engkau berikanlah ibuku kesejahteraan di dunia dan akhirat..
Engkau berikanlah ibuku kesihatan tubuh yang baik...
Engkau lindungilah ibuku dari segala bencana.....
Murahkanlah rezekinya Ya Allah.....
Engkau berikanlah ibuku ketabahan, kesabaran, untuk membesarkan aku.......

Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan ibu kepadaku seperti dia....







<< andai lelaki tahu >>

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.