CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

<< ketika saya berada di zaman kanak-kanak >>

tersenyum sendirian mengimbau zaman-zaman keriangan kanak-kanak....owh...sungguh merindui saat itu.... aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibu dan ayah bersama along dan angah..kakak-kakak yang sentiasa mengajar aku erti kehidupan yang sebenar...terdetik apabila teringat zaman aku selalu kena marah oleh ibu... teringat pula ketika aku jatuh basikal...ketika aku aku baru belajar menaiki basikal 2 roda...di sokong oleh kedua akk ku..tanpa pengetahuan ibu dan ayahku.....basikal yang tiada rantai itu disorong oleh kedua akk ku yang sentiasa memenuhi kehendakku... dengan tidak sengaja, aku jatuh basikal lalu berdarah di lutut yang kecil ini...tiada tangisan yang aku keluarkan kerana ingin cover line akk2 aku... lutut aku berdarah lalu di balut oleh along ku dengan cerpisan kain, mana dia jumpa itu aku x pasti..tetapi apa yang aku tahu kain itu amat buruk.... disebabkan tidak mahu melihat kedua kakak kesayangan ku ini dimarah, aku terpaksa membatalkan niat aku utk mengadu kepada kedua ibu dan ayh ku mengenai hal ini....oleh kerana aku berpakaian skirt pendek atas lutut, aku berjalan terbongkok2 ketika itu utk menutup luka di lutut...ayah suruh aku berjalan elok2, aku berlakon menyanyi lagu nenek kebayan..huhuhu..seungguh nakal ketika itu, tapi rahsia itu terbongkar apabila ketika tido ibu menyelak pakaian aku dan melihat luka di lutut....keesokkannya aku dapat hadiah dari kedua orang tuaku basikal empat roda...=).....

kembali lagi detik bermain nyorok2 bersama kedua akak2 yang sentiasa mnjaga aku, mereka ingin menyembunyikan aku ditempat yang amat sukar dicari, along ku menyuruhku memasuki almari yang usang, lalu dye telah mengunciku dari luar....aku sukar bernafas ketika itu, menendang2 almari meminta pertolongan...rupa2nya almari itu tidak dapat dibuka..alongku segera mendapatkan pertolongan dari ayah aku yang ketika itu sedang melayari mimpi....dengan segera ayahku membuka almari yang usang itu.....tali pinggang ayah ku menjadi sasaran di kulit kedua akak ku........aku memeluk ayhku sambil menangis teresak2..sungguh lucu bila mengingatinya kembali...

my tayunk selamanyerk~~~