CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

<< final exam... >>




Alhamdulillah....2012 membuka lembaran baru untuk kita semua...semua tahun lalu menjadi iktibar kepada kita...liplapliplap..da setahun aku menjadi pelajar rupanyerk...ag setahun nk abiskan belajar ijazah...Alhamdulillah...moga yang terbaik untuk aku....Amin.......sebenarnyerk entry ini untuk bercerita pasal final exam..pembukaan tahun baru dengan final exam...haaa...nk tahu x jaualnyerk..

CTU 553 = HUBUNGAN ETNIK = 4TH JANUARY 2012
HTH 500 = HOSPITALITY MANAGEMENT = 7TH JANUARY 2012
HTH453= FNB COST = 9TH JANUARY 2012
QMT 554 = DATA ANALYSIS = 12TH JANUARY 2012
HTT 557 =  TOURISM PLANNING AND DEVELOPMENT = 16TH JANUARY 2012
HTT 560 = TOURISM INFORMATION TECHNOLOGY = 19TH JANUARY 2012


afterrr that kitterrr enjoyyy..sooo..kalu fara x update blog maknernyerrkkk fara busy...hihihihi...

wish me luck taw kawan2...

<< penangan high heel >>





sakit pinggang da dekat seminggu....adoihai..berpunca dari mop bilik je kot...ish ish ish... hurm...actually fara juz nk share about pemakaian high heel...yelah...mcm fara neh mse time2 diploma...fara n high heel xleh dipisahkan.. sebab fara rase bile pakai high heel dpt bg kite jln dengan confident...tp lame2 pakai dapat kesan buruknyerkk... fara sakit sendi kt tumit sampai sekarang...so xleh nk pakai sgt daaaa... ini info yg fara da... jum kiter terjah




mari kita mencegahnyerk!




Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” – S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Isu ini mungkin isu lama, tetapi aku berhasrat untuk merungkai kembali isu ini selepas terbaca suatu artikel berita di BBC minggu lepas berkenaan trend kasut tumit tinggi yang semakin menjadi-jadi, dan ia bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis (sakit sendi) di kalangan wanita UK selepas obesiti. Mana tidaknya, hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari!
Mungkin masalah ini tidak begitu ketara dikalangan wanita-wanita di Malaysia khususnya wanita-wanita melayu memandangkan kasut dari jenis ‘wedges‘ lebih mendapat tempat di hati mereka. Tetapi, minat terhadap pemakaian kasut tumit tinggi oleh mana-mana wanita pasti tidak dapat dielakkan. kasut tumit tinggi ini sebahagian dari naluri kewanitaan. Pokok pangkalnya, perempuan mana yang tidak mahu kelihatan tinggi seperti Miranda Kerr?
Wanita menyukai pemakaian kasut bertumit tinggi berdasarkan beberapa faktor, antara lain ialah, kasut tumit tinggi membuatkan mereka kelihatan lebih tinggi dari biasa, seolah-olah menjingkit. Kaum adam, dapat bayangkan bagaimana tingginya anda apabila menjingkit?
Kesan Buruk
Namun, memakai kasut tumit tinggi dengan kadar yang kerap akan hanya mendatangkan masalah bukan hanya untuk kaki, tetapi kesannya juga pada bahagian tubuh badan anda yang lain.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki!
wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm). Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti akan beralih manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan tambahan di sebabkan oleh berat bayi yang dikandung. Pemakaian kasut tumit tinggi sudah pasti akan mengubah cara seseorang wanita yang hamil itu berjalan.
Memahami Biomekanik apabila berkasut tumit tinggi
1 – Selain daripada pembentukan kematu dan kalus pada permukaan kulit jari dan tapak kaki, yakni merupakan sebahagian lapisan kulit yang mengeras akibat geseran di antara kasut dan kaki, pembentukan ‘hammertoe‘ pasti akan berlaku jika keadaan ini berlangsung dengan kerap (pemakaian yang kerap) untuk tempoh jangka masa yang panjang. Ini adalah disebabkan oleh ruang kasut tumit tinggi yang meruncing dan sangat sempit di bahagian hadapan, sekaligus memberikan tekanan yang lebih pada tapak kaki hadapan dan jari-jemari kaki. Kecacatan yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat ini pasti tidak dapat diluruskan meskipun apabila sudah menanggalkan kasut – kecacatan kekal.
2 – juga berisiko untuk memendekkan tendon Achilles anda menerusi pemakaian kasut tumit tinggi. Ianya merupakan penghubung yang menghubungkan otot betis (calf) kepada tulang tumit. Tendon ini berfungsi untuk memastikan jari-jemari anda fleksibel ketika berjalan. Namun begitu, pemakaian kasut tumit tinggi akan menjauhkan tapak kaki daripada bersentuhan/selari dengan permukaan tanah, dan ini mengakibatkan tendon Achilles tidak dapat ’memanjang’ sepenuhnya. Lama-kelamaan, tendon ini akan memendek dan terus memendek sehinggakan berasa tidak selesa apabila mengenakan kasut rata yang biasa (memerlukan tendon untuk memanjang).
3 – Kasut yang rata akan mengagihkan berat badan anda secara sama rata ke serata kaki. Walaubagaimanapun, kasut tumit tinggi bertindak sebaliknya dengan memberikan keselurahan daya berat badan pada hujung kaki anda. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin tinggi daya yang dikenakan pada kaki dibahagian jari ini. Selepas beberapa lama, terutamanya jika anda mengenakan kasut tumit tinggi hampir setiap hari, ia pasti akan merasa ketegangan dan kesakitan pada kaki bahagian hadapan (osteoarthritis).
Kalau hari-hari begini, boleh cacat kaki tu cik kak oi!
4 – Kesan pemakaian kasut tumit tinggi tidak hanya terhad pada kaki, tetapi tulang belakang juga. Ini kerana, perubahan satah tumit (sepatutnya selari dengan tanah permukaan) menyebabkan badan anda ke hadapan daripada biasa, sekaligus mampu menyebabkan sakit belakang. Selain itu, fenomena ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis ‘lari’ sedikit ke hadapan. Untuk menyeimbangkan kembali berat, anda secara semulajadi akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan, dan ini akan mengakibatkan kesakitan pada leher (semacam terkehel) apabila berlangsung untuk tempoh yang lama.
Itu merupakan sebahagian daripada kecacatan yang dibawa menerusi pemakaian kasut tumit tinggi. Terdapat beberapa lagi kesan buruk akibat berkasut tumit tinggi ini namun aku tidak dapat selitkan kesemuanya di sini memandangkan ruang penulisan yang terhad. Malah, pemakaian kasut tumit tinggi itu sendiri bahaya memandangkan risiko untuk terseliuh akan semakin meningkat apabila ketinggian tumit kasut tersebut semakin bertambah dan meruncing.

Pencegahan
Seperti yang disarankan oleh Professor Anthony Redmond, penyelidik berkenaan podiatrist dan arthritis, kasut yang sesuai dipakai setiap hari adalah yang berbentuk bulat mengikuti bentuk susunan jari kaki dan bukannya meruncing, dengan ketinggian tumit tidak lebih daripada 2-3cm (1 inci) dan disertakan dengan ‘absorber‘ (penyerap hentakan) untuk membantu mengurangkan hentakan pada sendi kaki mahupun lutut.
Selain itu, apabila hendak membeli kasut dengan tujuan aktiviti yang berintensiti seperti bersukan, pastikan memakai kasut yang dikhaskan untuk sukan tersebut. Janganlah kasut yang direka khas untuk berjogging (running shoe) tetapi diguna pakai pula dalam dewan untuk tujuan futsal atau badminton, dan begitulah sebaliknya. Paling penting juga, pastikan anda selesa memakai kasut tersebut, atau dalam bahasa mudah, ia tidak terlalu ketat sehingga menyeksa jari-jemari kaki anda.
Disamping itu, pemakaian wedges, sebuah lagi varian (lebih stabil) yang seakan-akan kasut tumit tinggi juga mampu mengurangkan risiko yang dibawa oleh kasut tumit tinggi, cuma pastikan ketinggian wedges tersebut (tinggi antara tumit kaki dengan jari hadapan) tidaklah melebihi 1.5 inci.
Dalam memilih kasut tumit tinggi yang selamat, pastikan:
  1. Tumitnya tidak terlalu tinggi melampau
  2. Jangan memilih kasut tumit tinggi yang hujungnya meruncing, pastikan jari kaki anda selesa.
  3. Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga mampu membuatkan kaki melecet!
  4. Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit. Boleh beli dari kedai kasut, atau boleh beli terus secara online.
Insolia



<< tersilap langkah >>

ibu ayah berpesan...jgn ikut kawan... hukhukhukhuk...sila belajar katakan TIDAK... okei...sekarang baru taw sebab dan munasabab...huhuhu...dan skg terjadi kt aku..padan muka aku kn??? huhuhuhuuuuuuuuuuuuu.... percaya sgt, yakin sgt, baik sgt, lembut sgt...skg da kne pjak kepala......diam membisu...biar lah dorg dgn cara dorang...kite dgn cara kita...hati kite org xtaw.... senyum dan anggukkan saja....itu je g boleh puaskan hati orang.... ^______________________________^

<< kita xpernah kesorangan >>







tersentuh pabila ku membacanya...Allah itu Maha Adil..kita diciptakan untuk mengabdikan diri padaNya... Dia tidak pernah meninggalkan kita, tapi kita sebagai umatNya selalu melupaiNya...sesungguhNya dugaan yang Dia berikan adalah kerana Dia amat menyayangi kita..bersabarlah.... 


Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…




Insan yang ku kenali,


Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…


Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…


Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…


“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.




Insan yang ku kasihi,


Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…


Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…


“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11




“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.




Insan yang ku rindui,


Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1






Insan yang ku sayangi,


Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7






Insan yang ku kasihi,


Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…


Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…


Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…




“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.




Insan yang ku cintai,


Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…


Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…


Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45




Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…





<< salam aidilfitri >>



alhamdulillah...ku panjat kan kesyukuran ke atas MU ya Allah yang memberiku peluang untuk menikmati bulan yang cukup indah ini...Hampir sebulan kita berpuasa..aku akan merindui bulan yang indah ini...aku harap padamu Ya Allah..panjangkn umurku untuk aku menikmatinya lagi pada tahun2 yang akan datang..amin....

aidilfitri akan menjelma tidak lame lagi. oleh itu, di kesempatan ini...fara ingin mengucapkan selamat Hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali diri fara...nk anto kad raye, xder mase skang..bz tolong ibu wat biskut, gantung langsir..yela...fara sorang je yang xkeje...huhuhu....fara menyusun 10 jari meminta maaf jikalau fara terkasar bahasa, terlanjur bicara kepada semua...maaf dipinta....semoga hari raya yang mulia ini diberkati olehNya..buat perantau2 yang pulang ke kampung halaman, drive carefully...service keta dulu...bwk mamatuhi had laju....buat yang tidak dapat beraya bersama keluarga yang tersayang, jangan lupe telifon family memohon maaf....huhuhuh...

jemput datang umah raye nanti au au au...tp korang bg wet raye kt fara...hikhikhik...aper2 pon..salam aidilfitri fara ucapkan........


terimala kad raye dari fara..hihihi

ha! ingat 2..ingat la keluarga yang tersayang

<< berbuke besar >>

salam ramadhan......=).. bertemu kita kembali dalam ruangan suka suki cerita hati...hari ini aku nk berkongsi citer weekend berbuka puasa bersame family...memang havox abeh r weekend bru2 neh...apabila abang sepupuku dan keluarganya berbuka puasa dirumahku tambahan pula dengan along dan abg ipar ku..apalagi xmenang tangan aku n ibu ku memasak...hukhukhuk..pukul 2 petang aku mula menyinsing tangan buat dadih mangga...dgn titik peluhku sendiri tidak smpai sejam puding itu siap...fuhhh...selepas itu ibu mula masuk dapur, menyiang ikan, sayur...dan menu kitorang hari itu adalah.....................
** pajeri terung
** ikan tongkol msak taucu
** ayam goreng berempah
** kailan ikan masin
** laksam (yong ita wat)
** laksa (cik mie bg)
** sup campur (beli)
** dadih (aku wat)
** kuih lopez
** otak-otak (beli)
** ikan goreng
** teh o panas
** jering
** sambal belacan

banyakkan kitorang makan...pas2 lepas solat terawih boleh plak ibu msak mee goreng ngn potong buah jambu..mmg terlentang la aku...agak kenyang makan semua...blllrrrpppp...sedikit gambo aku amek....




pajeri terung 
ikan tongkol taucu

kailan ikan masin

ayam goreng berempah

jering

sup campur

ikan goreng

dadih mangga

< f.a.r.a >

hye bloggers. mcm ramai jep follower aku neh..padahal xdep pon...hikhikhik.. firstly seperti yg semua taw blog neh adalah blog kedua saya selepas blog *cheritanakperantau* kalu u`ll ingt ag la...huhuhu..blog 2 aku da lame delete..sebab aper?? sebab menyakitkan jep..dats all..okeih..story utk malam yg ckup indah ini simple..bout me...saper..sayer la 2..hikhikhik..

***************************
# lahir pada 21 mac 1989 (tolak la ngn thun skg klu nk tau umo (*_*)
# dilahirkan di rumah kediaman yg 10 tahun aku duduk di 3/14 serdang jaya
<familycomefirst>
# anak dari pasangan Buharan Nordin dan Lila Rajmah (dorg sgt romantik)
# anak bongsu dari 3 org adeq beradeq..
<lailatul badariah (along), noor izzati (angah ) n me (adeq)>
# lahir 9.15 pm..
# NURUL FARAHANAH (nama ibu n ayh nk letak)
TAPIII
# NUR FARHANAH (org yg tulis dlm surat beranak salah letak nama)
# so.. jadi la nmer fara..
# nur farhanah = cahaya kegembiraan.
( ihopethathappinessalwayswithme)

********************************

# tadika di harapan murni, serdang jaya,
# sekolah rendah di sekolah rendah kebangsaan seri serdang
(nak masuk sekolah teknik, tpi di bangkang oleh ibu n ayh)
# so aku masuk sekolah menengah kebangsaan seri serdang until form 5 
(form 1-3 pertanian, form 4-5 account)
# ditawarkan masuk form 6 di sekolah yg samer tp hny belajar 2 mgu saja
# masuk kolej bersekutu uitm di terengganu (kolej teknologi bestari)
(course diploma in tourism management)
# and now continue my further stdy at uitm (same course)

**********************

# sangat active dr sekolah rendah ag kot..antara aktiviti sekolah rendah :
- pertandingan bercerita peringkat sekolah (johan)
- pertandingan nasyid
- bola jaring peringkat sekolah
- hoki peringkat daerah
- menari
- tadarus Al-Quran

# activity semasa sekolah menengah 
- hoki peringkat sekolah dan daerah
- netball peringkat sekolah dan daerah
-olahraga (rumah sukan je)
p/s: aku suker bersukan waktu sekolah dr belajar...

# activity semasa diploma
- bolaj jaring wakil kolej di uitm selama 2thun
- bola jaring utk masiswa di kolej ikip
- jadi model pertumjukkan amal batik
- wat trip to cameron n genting (under course)
- jadi pemegang sepanduk semasa sukan
- jd MC semasa jamuan hari raye di kolej

*****************************

# suker senyum 
# peramah 
# suker gelak sangat2..
# suker makan bender yg pelik..
# sgt syg pada bear..
# hati yg cukup sensitif sgt sensitif
# mudah merajuk tp mudah sejuk balek..
# suke berkawan but COUPLE SEORANG je..
# sangat setia
#mudah mengeluarkan air mata
# sgt manje
#xsuker soping la...
#xsuker tmpt yg crowded...
# ske mkn mknn yg ader COKLAT
# pink! demm so suwett!
# funny?? i think so..
# bce novel la..
#lagu yg xrancak sgt..balada, ballet, ok la...
#suker tido dlm wayang! siyesly
#xreti men bowling..hahaha
# suker kacu orang
#bla bla bla bla

***********************************
2yearsold

5monthmaybe
oneofmyactivity 
demm.. ireallymizthem
ucantgoanywherehoney
thnx4happinesssayang



 PERIHAL DIRIKU YANG BERGELAR FARA